Pages

Saturday, April 30, 2016

Audit diri

Audit diri, sering kita dengar ceramah para pendakwah tentang audit diri. Dalam menghadapi dugaan dan cabaran perkara utama jangan putus hubungan dengan Allah swt. Bila musibah menimpa jangan terasa kecewa sebab musibah, berlakunya sesuatu musibah merupakan petanda Allah swt sayang pada diri kita, dan dia ingin kita memohon petunjuk darinya.

Tinggalkan sejenak segala perkara sujudlah kepadanya yang maha esa, mintalah segalanya kepadanya kerana ia maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jangan pertikaikan apa yang berlaku, sebaliknya muhasabah diri, audit diri apa yang kita buat sebagai hamba. 

Dalam kehidupan takkala kita juga lupa apa tanggungjawab sebagai hamba, kita lupa kesenangan yang kita peroleh bukan milik kita, dan ia tidak kekal selamanya. Kehidupan juga mengcakupi semuanya, hubungan dengan Allah swt itu adalah yang utama, namum tidak harus dilupakan hubungan dengan manusia, iaitu ibu bapa, adik beradik, sanak saudara dan sebagainya.

Dalam mengahadapi dugaan dan cabaran mahupun musibah, kesabaran adalah tungjang kepada kepada penyelesaian segala masalah. Pentingnya sabar kerana ia merupakan asas yang kuat dalam menghadapi dugaan. Hilangnya sabar, hilanglah akal maka wujudlah sesuatu yang akan menguasai diri yang menuju kelembahan kehancuran.



Friday, April 29, 2016

Allah swt sebaik-baik perancang

Bukan semudah yang dirancang, menuntut ilmu banyak pengorbanan, apa yang harus dikorbankan masa, banyak masa akan dihabiskan untuk mentelaah jadi masa dengan keluarga juga terhad, kalau yang dah bekerluarga nak balik rumah pak dan mak mertua pun jarang sekali kalau yang hidup bujang berbeza sedikit. Begitu juga dengan wang, hidup sebagai pelajar baik under graduate dan postgraduate ia sama sahaja banyak keperluan yang melibatkan wang.

Bercakap soal kewangan saya juga hampir putus asa, disaat menunggu biasa yang mengambil masa yang sangat lama, sehingga saat ini saya masih lagi belum mendapat biasiswa. Kehidupan semakin perit bila simpanan mula susut dan kehabisan. Namun skongan daripada keluarga begitu baik, terasa suatu penyesalan memilih untuk berhenti kerja sedangkan pada masa itu saya telah berada dalam zon yang selesa. Sebaik-baik perancang adalah Allah swt, dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk saya.

Sungguh berwarna dalam kehidupan, warna ini akan menghiasai kehidupan kita pada masa akan datang. tinggalkan dahulu soal tersebut. Kisah kehidupan seorang pelajar, bukan senang. Pada suatu ketika lampu isyarat sudah bertukar fungsi warna. Pengalaman sendiri disaat kertas kerja ditolok setelah berbulan menyiapkanya, suatu ketika dalam perjalanan untuk menyorong perut yang dahagakan makanan dan minum. Sedang mata melihat lampu isyarat hijau pada ketika itu, saya masih tidak bergerak sehinggan ditegur rakan-rakan Subhanallah...

Kehidupan sedikit unstable, bukan sekadar itu sahaja ketika menaiki lift pun boleh menjadi isu sedang asyik dengan lamunan sehingga tidak menekan lift tersebut. menunggu agak lama dan Lamunan terhenti dan saya mula sedar bahawa saya belum menenkan lift tersebut.

Sekali lagi dugaan, bila kertas kerja kedua juga ditolak, perkara sama berulang perasaan mula berkecamuk dan hati mula sebak lorang air mata mula mengalir. Memikirkan untuk meneruskan atau berhenti, Sekali lagi saya diuji, dan Allah menghantar seorang hamba memberi nasihat dan teguran. Alhamdulillah syukur saya dikelilingi insan-insan yang baik dan sentiasa menyokong dengan apa yang saya lakukan.

Syukur Alhamdulillah....



Thursday, April 28, 2016

Secebis liku dalam kehidupan

Terasa diri begitu muda bila masuk dalam dunia sebagai seorang pelajar. kehidpun sebagai pelajar begitu menyeronokan, bertemu ramai rakan dan pelbagai aktiviti dapat dilakukan kerana masa begitu banyak yang terluang walaupun pada hakikatnya banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Penghujung semester sebagai seorang pelajar pasca kita harus bentangkan kemajuan kajian. Inilah masa yang begitu kritikal di saat rakan-rakan sibuk kita masih dalam dunia kita sendiri. Namum ia tidaklah begitu parah kerana masih sedar dengan tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar. Saat bentangkan kertas kerja sangat menggusarkan, dan hasilnya kertas kerja ditolok dengan alasan tidak mencapai tahap yang sepatutnya. 

Saat inilah dilema mula menghantui diri dimana hasutan dan anasir-anasir yang tidak baik mula menghampiri. Terasa mahu stop, tapi kekuatan diri masih lagi menebal, dengan sokongan dari orang sekeliling membuatkan saya terus tabah hadapi semua ini. Masih terngiang-ngiang kata-kata yang membuatkan saya masih disini "engkau baru bermula, kenapa perlu berundur" tambahnya "ibarat askar yang dalam perjalan pergi berjuang dan berpatah balik" adakah tercapai matlamat?

"Adakah kau nak sia-siakan cita-cita kau sejak kecil"

Sedangkan Allah swt dah beri peluang, menuntut ilmu tiada penghujungnya, ilmu yang berguna /bermanfaat dibawa hingga akhirat, melalui kata-kata itu aku terus kuat, memperjuangkan masa depan yang tiada kesudahan. Secebis liku dalam kehidupan, dalam apa jua keadaan perlu ada insan yang dapat memberikan sokongan. 


Sukarnya....

Alhamdulillah selepas menamatkan pengajian di peringkat sarjana, terus mohon untuk sambung ke peringkat PhD. Segalanya Allah swt permudahkah. Tapi dalam hidup tak semudah apa yang dirangcang kerana saya perlu memilih untuk terus bekerja dan belajar sepenuh masa tiada paksaan untuk memilih tapi ia memaksa saya untuk memilih. Pilihan harus dibuat kerana sekiranya bekerja tidak akan peroleh biasiswa.

Mungkin ini adalah takdir Allah dan doa semua, selepas berbincang dengan keluarga keputusan dibuat, dan saya memilih untuk berhenti kerja dan fokus kepada pengajian. Tak semudah apa yang difikirkan kerana hidup ini penuh dengan liku.

Selepas berhenti kerja bermula kisah kehidupan sebagai pelajar, mendaftarkan diri pada februari 2016. Bermula saat kesukaran dalam kehidupan, dimana yurun yang harus dibayar adalah Rm5720 sangat mahal berbanding universiti lain. Yuran yang mampu dibayar pada masa itu hanya Rm2000. Pada mulanya saya tidak dibenarkan untuk mendaftar, tetapi selepas perbincangan dibuat pihak universiti membenarkan. Di atas kekuasaanya dalam kepayahan ada kesenangan, sebab Allah swt itu maha adil. Baki perlu dibuat dalam semester semasa, rezeki yang Allah swt bagi dapat juga saya menjelaskanya hasil dari pengeluaran KWSP. 

Itu la ujian, dan Allah swt tidak menguji hambanya melebihi kemampuanya. Seterusnya bermula episod demi episod sebagai pelajar.  

Online Counter