Slumberdek

Tuesday, June 21, 2011

Kisah Wanita Bersuamikan 20 Orang Lelaki

Hai salam tengah hari.....hari rasa semangat lebih sedikit daripa hari biasa, apa tak yer dah pekena air tebu ummmm sedap betul. Tapi untuk entry tengah hari ni penulis bukan nak cerita pasal air tebu tapi kisah seoarang wanita yang mempunyai suami yang ramai.

Hehehehe rasa macam nak tergelak pun ada...kisah yer seorang yang berpangkat nenek, tapi bukan nenek penulis ok, tak tau apa yang tak kena pada dia hinggakan sepanjang hidupnya dia telah bersuami seramai 20 orang, ramai kan kan kan, macam kelakar kan.... korang boleh percaya tak??? Betul penulis cakap penulis pun kenal dengan dia ni.

Korang jangan terkejut pula bila penulis cakap macam tu sebab yer 20 orang tu bukan lah dalam satu masa, kiranya dia ni jenis kawin cerai la. Dia kawin umur berapa? Ummm pasal umur tu penulis tak begitu pasti rasanya dia kawin awal kot, biasa la orang zaman dulu2 dia orang memang suka kawin awal. Berapa anak dia? Ummmm yang ni pun penulis tak pasti juga tapi kalau tak silap tak ramai kot sebab perkahwinan dia ada yang tak sempat dapat anak.

Kalau korang nak tahu dia ni jenis yang suka fesyen juga, mungkin zaman tu dia la kot yang paling hot kat kampong dia, penulis pun tak pasti kerana dia ni kan berpangkat nenek . penulis kenal dia pun masa tu dia dah pun tak larat nak jalan dah.

Penulis tak tahu la apa sebabnya hinggakan perkahwinannya tak kekal sehingga berkahwin sampai 20 kali. Tak tahu la sama ada dia jenis jenis cepat boring dengan suami dia atau suami dia yang nak ceraikan dia atau sebalik yer hanya dia sahaja yang tahu. Perkahwinan tu pula tak tahu la atas dasar apa cinta atau nafsu tapi itu la kisah hidup dia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...