Apa yang penulis nak share adalah bagaimana peniaga mendapat untung yang banyak dalam sehari dengan menjual makanan. Bukan apa pelik bila lihat kedai tak seberapa jika nak bandingkan dengan kedai lain tapi pengunjung penuh sampai tak menang tangan pelayan kedai tersebut, kalau nak compare masakan dia dengan kedai lain bukanlah sedap mana pun, tambah lagi dari segi harga plak....mak ai mahal nak mampos tapi pelanggan tak putus2.
Pelikkan pelikkan ... Pelikkan pelikkan.....terus terfikir kenapa. Bukan nak cakap apa la kadang2 peniaga ni bukan betul sangat mereka berniaga hanya nak untung sahaja apa2 mereka sanggup. Kalau penulis nak kategorikan memang banyak jenis ilmu pelaris ni, ada yang pakai bomoh, ada yang pakai sihir, ada yang pakai sesuatu benda atau peralatan yang akan menarik pelanggan. Dengan ada benda ni maka ramailah pelanggan. Kotor punya orang cari makan pun nak pakai ilmu pelaris, orang lain tarik pelanggan dengan masakan yang sedap2 ‘ekau’ pakai ilmu pelaris.

Selonggok seluar dalam.....bahan pelaris

Baju dalam ni bukan untuk dijual yer ia hanya gambar hiasan untuk enrty ni jer.
Saiz apa mau hehhehe
Bukan takat tu jer ada lagi.....yang ni pula sama juga ada yang sanggup rendam seluar dalam, coli untuk kasi sedap. gelinya penulis bila dengar perkara2 macam ni kanapa tidak yer suluar dalam dijadikan pelaris, Jijik punya orang . yang ini lagi satu.....korang perasan tak kalau restoran yang mempunyai tukang masak orang siam atau orang dari Thailand mesti ramai pelanggan. Penulis ni bukan nak menidakkan yang mereka masak tak sedap memang sedap tapi masalah yer yang tak sedap pun ramai.
Jadi bagi mengelak masalah termakan atau terminum air seluar dalam yang menjijikkan tu elok la kita masak dan makan kat rumah jer 100% bersih.....yer dok. Bagi yang ada isteri...makan la masakan dari air tangan isteri korang, dapat eratkan hubungan suami isteri. Kalau yang bujang tu masak sendiri makan sendiri jer la yer hehehehe
Mak Marah Kalau Tak Like
0 comments:
Post a Comment